TUMPAT: "Noor Atirah bercadang pulang ke kampung pada 17 Oktober ini untuk menziarah pusara bapanya tapi rupa-rupanya dia dan suami pulang untuk selama-lamanya," kata Noriah Yusof, ibu kepada jururawat yang maut bersama suaminya dalam kemalangan di Jalan Sungai Buloh berhampiran susur masuk ke Sierramas, Petaling Jaya, Selangor semalam.
Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, Noor Atirah Yacob, 32, dan suaminya, Mohd Zulilazwan Zulkifli, 32, maut selepas motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an.
Noriah berkata, jenazah suami isteri itu dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Neting, Pengkalan Kubor, di sini kira-kira jam 10 pagi tadi.









