Liverpool: Manchester City menewaskan Liverpool yang beraksi dengan 10 pemain, 3-0, hari ini, dalam perlawanan pertama mereka sejak didapati bersalah melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pendahulu EPL itu mendiamkan Anfield menerusi jaringan babak kedua oleh Erling Haaland, Jeremy Doku dan Rayan Cherki.

Pemain Liverpool, Ryan Gravenberch dilayangkan kad merah sebelum Haaland membuka jaringan.

City, yang sedang membuat rayuan terhadap keputusan bersalah berkenaan, kini memenangi kesemua enam perlawanan liga mereka musim ini.