Kuala Lumpur: Seramai 242 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sedang mengikuti pengajian di Perancis dilaporkan selamat susulan rusuhan yang melanda negara itu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Zahari Aziz dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan laporan terkini daripada wakil pelajar di universiti masing-masing, semua pelajar berkenaan berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
Menurutnya, tiada pelajar tajaan MARA dilaporkan terbabit dalam sebarang insiden rusuhan setakat ini.
"Aktiviti pengajian juga berjalan seperti biasa. Di kawasan yang mengalami gangguan pengangkutan awam, pihak universiti mengambil langkah sewajarnya dengan melaksanakan sesi pengajian secara dalam talian.








