KUALA LUMPUR – Bukan sekadar menyatukan dua kumpulan muzik, Konsert Malam Drama Manusia bakal membawa penonton menyelami persembahan yang menggabungkan fantasi, imaginasi dan permainan emosi di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Januari 2027.Dianjurkan Permaico Concerto, konsert yang bermula pukul 8.30 malam itu dijadualkan berlangsung lebih dua jam dengan menampilkan lebih 25 lagu daripada Drama Band dan Asfan Shah & Manusia.Kelainannya terletak pada segmen khas yang menghimpunkan kedua-dua kumpulan secara serentak, sekali gus memberikan ruang kepada pemuzik menggabungkan kekuatan dan identiti muzik masing-masing.Vokalis Asfan Shah & Manusia, Asfan Shah berkata, persembahan itu disusun secara berperingkat dengan setiap kumpulan diberikan ruang memperkenalkan identiti mereka sebelum bergabung dalam segmen istimewa.Menurutnya, konsep fantasi dipilih bagi membawa penonton keluar daripada pengalaman konsert biasa, sebaliknya merasai perubahan suasana sepanjang persembahan."Kami tidak mahu sekadar mengadakan konsert biasa, penyanyi menyanyi dan penonton melihat."Kami mahu memberikan pengalaman baharu dengan pelbagai rasa, termasuk suasana bertenaga, sedih dan emosi bercampur baur," katanya pada sidang media pengumuman konsert di Menara Arina Uniti di sini, pada Jumaat.Asfan berkata, kerjasama itu menjadi projek sulung kedua-dua kumpulan dalam konsert berskala besar, selain membuka peluang untuk mereka meneroka pendekatan muzik yang berbeza.Idea menggabungkan kedua-dua kumpulan dicetuskan pihak penganjur yang melihat persamaan kekuatan karya mereka, khususnya lagu yang pernah digunakan sebagai runut bunyi asal (OST) drama televisyen tempatan.Antara tarikan yang dirancang ialah persembahan gabungan dua vokalis, tujuh pemain gitar dan dua pemain dram, sekali gus menjanjikan susunan muzik lebih padat berbanding persembahan secara berasingan.Sementara itu, vokalis Drama Band, Aepul Roza atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd. Zalaludin, menyifatkan peluang tersebut sebagai pengalaman bermakna selepas dia dan Asfan pernah bersaing dalam pertandingan muzik."Saya sangat teruja kerana ini konsert berskala besar pertama kami bersama. Saya dan Asfan sudah pernah bertanding dua kali di atas pentas. Ada masanya dia menang, ada masanya saya menang."Jadi, ini satu peluang yang sangat saya hargai," katanya.Aepul turut memberikan bayangan mengenai kejutan yang bakal disajikan kepada peminat, termasuk kemungkinan membotakkan kepala atau membuat kemunculan menggunakan helikopter, namun enggan mendedahkan perancangan sebenar.Selain persembahan bersama, Asfan berkata, kumpulannya akan membawakan karya ciptaannya sendiri serta lagu yang pernah dihasilkan untuk penyanyi lain dengan susunan muzik baharu khusus bagi konsert itu.Asfan Shah & Manusia yang ditubuhkan pada penghujung tahun lalu turut menampilkan Zali daripada New Boyz sebagai pemain bes, Arash daripada Treehill sebagai gitaris dan Adam Karman, seorang pensyarah muzik.Drama Band pula dibarisi Aepul sebagai vokalis,