SINGAPURA: Singapura berikrar akan menggunakan semua langkah undang-undang dan kawal selia yang ada terhadap syarikat yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan jerebu yang menyelubungi beberapa negara Asia Tenggara, termasuk memperkenalkan undang-undang baharu jika perlu.
Menteri Kanan, K Shanmugam, memberi amaran bahawa langkah itu boleh menjejaskan keuntungan, akses kepada pembiayaan dan kedudukan syarikat berkenaan di mata pelabur, tidak kira sama ada mereka beroperasi di Singapura atau tidak.
"Jika perlu, kami akan meminda perundangan sedia ada atau memperkenalkan undang-undang baharu dengan segera bagi memastikan kerjasama dapat diteruskan.
Syarikat tidak boleh mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap alam sekitar manakala pada masa sama enggan diperiksa," katanya kepada media Singapura berikutan lawatannya ke Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Isnin.








