Istanbul: Pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman pada awal Ahad berikrar untuk bertindak balas dengan "tegas" terhadap serangan di lapangan terbang utama di ibu negara Riyadh yang menurut pihak berkuasa mengorbankan 12 orang dan mencederakan 309 yang lain, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki, menyalahkan kumpulan Houthi atas serangan pada Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, sambil menyatakan bahawa serangan itu menyasarkan satu terminal penumpang selain menyebabkan kematian serta kecederaan dalam kalangan pengembara dan pekerja lapangan terbang.
Al-Maliki berkata serangan itu merupakan jenayah perang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang adat antarabangsa.








