Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memberi penjelasan berhubung dakwaan kegiatan 'mafia korporat' dan kes membabitkan FELDA di Dewan Rakyat, pagi esok.

Perdana Menteri dijangka menjawab isu dibangkitkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berhubung mafia korporat pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), jam 10 pagi.

Menerusi soalan Aminuddin, Perdana Menteri dijangka memberi penjelasan perkembangan terkini dakwaan kegiatan mafia korporat dan bentuk tindakan diambil selama ini.

Bagi soalan Rayer, Anwar dijangka menyatakan jangkaan masa kerajaan akan memulakan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat tuduhan mafia korporat.