Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan AirAsia dengan teliti. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Kerajaan tidak membuat persetujuan atau komitmen untuk memberi sebarang bentuk bantuan kepada syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, yang berdepan masalah kewangan susulan kesan konflik di Timur Tengah, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga menteri kewangan berkata, kerajaan mengambil maklum isu kerugian besar dialami AirAsia akibat lonjakan harga bahan api jet.
Jelasnya, kerajaan mengadakan libat urus berkala dengan pemain industri penerbangan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai impak krisis Timur Tengah, seperti yang dilakukan dengan pihak berkepentingan dalam sektor lain yang turut terjejas.






