KUALA LUMPUR: LYC Healthcare Bhd berdepan penggantungan dagangan pada 27 Oktober 2026 dan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia Securities Bhd dua hari kemudiannya.
Tindakan itu dibuat susulan kegagalan syarikat melantik penaja baharu selepas penamatan UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd sebagai penajanya pada 16 Oktober 2026, menurut syarikat penjagaan kesihatan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
LYC Healthcare menyatakan penyahsenaraian yang dicadangkan itu boleh ditangguhkan jika syarikat mengemukakan rayuan kepada Bursa Securities menjelang 26 Oktober.
Bagaimanapun, syarikat itu memaklumkan dagangan sekuritinya tetap akan digantung pada 27 Oktober walaupun keputusan rayuan belum dimuktamadkan.






