Penyiasat sedang mengumpul bukti dan dijangka menamakan suspek, termasuk pemilik syarikat dan pemegang saham yang boleh dipertanggungjawabkan, menurut Ketua Polis Negara Jeneral Suyudi Ario Seto. (Gambar AFP)JAKARTA: Polis Indonesia mengesahkan penglibatan pihak asing, termasuk dari negara jiran, dalam kes korporat berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan 98 kes kini dalam siasatan.
Ketua Polis Negara Jeneral Suyudi Ario Seto berkata Badan Penyiasatan Jenayah (Bareskrim) sedang berusaha mengenal pasti bentuk penglibatan itu serta pihak yang bertanggungjawab.
“Daripada 98 kes korporat yang sedang kita siasat, terdapat penglibatan pihak asing, namun memandangkan siasatan masih dijalankan, kita masih menentukan kes yang melibatkan pelaburan asing atau pihak asing dan yang tidak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet Terhad bersama Presiden Prabowo Subianto di Jakarta pada Isnin.






