Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid berkata keluarga sedang bergelut memerlukan bantuan bukan sekadar makanan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen kerajaan menggesa penanda aras pendapatan lebih tinggi digunakan dalam menentukan kelayakan penerima bantuan kebajikan kerana keluarga sedang bergelut memerlukan sokongan bukan sekadar makanan.
Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menggunakan pendapatan isi rumah bulanan RM1,236 atau RM348 bagi setiap ahli keluarga sebagai panduan dalam menilai permohonan bantuan kewangan sejak 1 Jan lalu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, angka RM1,236 merupakan garis kemiskinan untuk makanan saja, manakala garis kemiskinan keseluruhan negara yang merangkumi keperluan asas lain ialah RM2,705 pada 2024.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fakmal_793074.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)