Terdahulu, PM Anwar Ibrahim tegaskan kesediaan Malaysia bantu Indonesia bagi menangani kebakaran hutan, selain cadang mekanisme kerjasama peringkat Asean untuk perkukuh penyelarasan, kesiapsiagaan serta tindakan bersama tangani jerebu rentas sempadan. (Gambar AFP)PETALING JAYA: Indonesia masih enggan menerima bantuan luar, termasuk sokongan daripada Malaysia, bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang meluas, sebelum republik itu mengisytiharkannya bencana nasional.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia Dudung Abdurachman berkata, kerajaannya masih berupaya menangani krisis itu menggunakan sumber tempatan, justeru belum membuat pengisytiharan bencana nasional.

“Buat masa ini, kita masih berupaya. Negara kami masih berupaya, seperti yang saya katakan sebelum ini, Malaysia ada menawarkan bantuan, sekiranya diisytiharkan sebagai bencana nasional, bantuan itu akan dihulurkan.