KUALA LUMPUR: Jati Tinggi Holding Sdn Bhd (JTHSB) iaitu anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd menerima surat lantikan (LOA) bernilai RM30.1 juta bagi kerja-kerja kontrak sebagai kontraktor utama bagi sebuah pusat data di Kulai, Johor.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu menyatakan bahawa skop kerja merangkumi reka bentuk, termasuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi dua litar kerja saluran bawah tanah 275 kilovolt (kV) serta kerja kabel kuasa sementara 11kV, bagi menyokong keperluan infrastruktur tenaga.
Menurut JTG, kontrak itu berkuat kuasa bermula 16 Oktober 2026 hingga 25 Julai 2027.
Syarikat itu turut memaklumkan bahawa surat lantikan itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan, pendapatan sesaham dan aset bersih sesaham syarikat sepanjang kontrak tersebut.






