mahaizura@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Perbezaan kaedah pengiraan dan piawaian indeks menjadi antara punca bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak sama dengan Indeks Kualiti Udara (AQI) yang dipaparkan platform antarabangsa seperti IQAir.

Pakar kimia atmosfera dan pencemaran, Prof Dr Mohd Talib Latif berkata, kedua-dua bacaan itu tidak boleh dibandingkan secara langsung walaupun menggunakan prinsip pengiraan sama bagi mengaitkan kualiti udara dengan kesihatan manusia.

Katanya, bacaan IPU JAS menggunakan formula Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) dengan titik pemisah antara kategori atau breakpoint berdasarkan standard kualiti udara Malaysia.