Kuala Lumpur: Meskipun perit, beberapa waris rakyat Malaysia bersedia menerima sebarang keputusan berkenaan cadangan Kerajaan Nepal memendekkan tempoh pengisytiharan meninggal dunia bagi mangsa gagal ditemukan.
Sivakumar Kalimuthu, 63, mengakui terpaksa menerima keputusan untuk memendekkan tempoh pengisytiharan itu kepada 45 hari berbanding 12 tahun, seperti dicadangkan Kerajaan Nepal.
Suami kepada Kalai Mathe Karuppaiah, 57, itu juga menjelaskan tiada pemakluman rasmi dikemukakan Kerajaan Malaysia berhubung cadangan berkenaan, setakat ini.
"Kita terpaksa terima kerana kejadian sudah berlaku dan tiada rangkaian hubungan secara terus dengan mereka (untuk menyuarakan sebarang pandangan atau maklum balas kepada Kerajaan Nepal).








