PETALING JAYA – Cadangan menambah baik Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, operasi pembenihan awan serta persediaan menghadapi Monsun Timur Laut antara perkara dibincangkan menerusi Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara pada petang tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat berkenaan membincangkan secara terperinci situasi semasa jerebu yang masih membimbangkan serta kesannya terhadap kesihatan rakyat, khususnya anak-anak sekolah.</








