Kuala Lumpur : Platform e-dagang terkemuka, Taobao Tmall World (Taobao), mengumumkan kerjasama strategik bersama pelakon popular China, Zhang Linghe sempena pelancaran kempen jualan tahunan Jualan 11.11 Taobao (Double 11).
Kerjasama ini menyaksikan pelancaran filem jenama terbaharu di seluruh dunia serta promosi pengiklanan luar (OOH) secara besar-besaran, termasuk papan iklan video, kereta api transit bertema khas dan paparan 3D tanpa cermin mata di mercu tanda bandar utama antarabangsa.
Bermula dengan kempen Double 11, pelantikan Zhang Linghe bertujuan mengajak pengguna rentas sempadan meneroka enam pengalaman membeli-belah baharu yang dipertingkatkan di aplikasi Taobao, iaitu Kualiti (Quality), Cita Rasa (Taste), Gaya Hidup (Lifestyle), Trendi (Trendy), Pintar (Smart), dan Kejutan (Surprise).









