KUALA LUMPUR: MMAG Holdings Bhd (MMAG) melalui anak syarikat tidak langsungnya, MJets Air Sdn Bhd, menjual sebuah pesawat Boeing B737-400SF kepada Mont Gabanon Airlines (MGA) dengan harga tunai AS$2.8 juta.
MGA merupakan bahagian penerbangan Mont Gabaon SARLU, sebuah syarikat liabiliti terhad persendirian yang diperbadankan di Republik Demokratik Congo.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MMAG memaklumkan hasil daripada penjualan yang dicadangkan itu akan digunakan untuk memenuhi keperluan modal kerja MJets Air.
Ini termasuk membayar pemiutang perdagangan dan pemiutang lain, perbelanjaan operasi, bayaran pajakan dan perbelanjaan perniagaan harian yang lain.









