SEBERANG PERAI – Polis menahan enam lelaki termasuk seorang majikan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia hingga mangsa mengalami kecederaan melecur pada seluruh badan di Tanjong Sepat, Selangor, baru-baru ini.
Kesemua suspek diberkas di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth di sini, kira-kira pukul 6.30 petang tadi.
Operasi tersebut dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan bantuan JSJ, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, operasi itu dijalankan susulan siasatan kes penderaan wanita terbabit yang dilaporkan berlaku pada 16 Oktober lalu.








