PETALING JAYA – Seorang individu serik apabila didakwa telah dua kali diganggu ‘makhluk halus’ sewaktu melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), sehingga nyaris terbabas.

Menerusi hantaran Thread Reh_pakejperhentian mendakwa, dia pernah diganggu sehingga anaknya dikatakan menjadi ‘mangsa’ kepada gangguan tersebut.

“Macam mana nak buat aduan hantu kat LPT2 ya? Stres buat terkejut orang dan nasib baik tak terbabas. Dua kali ya buat benda sama.

“Ada part (bahagian) paling gilo wei, sampai ke rumah ‘dia’ ikut dan anak saya jadi mangsa. Dia ganggu budak ni sampai nangis tak berhenti wei semalam,” katanya.