Kediaman yang dibeli di Cheras tahun lalu diibaratkan satu rahmat dan kesyukuran buat Fauzi Suhaimi, 36, kerana dapat memiliki rumah idaman yang benar-benar menepati cita rasa dan kehendaknya.

Selepas bertungkus-lumus dan membuat perancangan, dia juga berasa lega serta puas apabila kunci rumah idamannya berada di tangan sendiri.

Kondominium yang dibeli itu juga disifatkannya berbaloi dari segi harga dan bersesuaian dengan keluasannya.

Fauzi yang juga penjawat awam menyifatkan momen pertama kali melangkah masuk sebagai pemilik sah kediaman turut memberikan satu ketenangan jiwa yang berbeza kerana semua usaha dan kesabaran menanti akhirnya berbaloi.