Menteri KDN Saifuddin Nasution Ismail berkata, Najib Razak masih berada di Penjara Kajang kerana belum jelas denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat jalani baki hukuman sebagai tahanan di rumah.JERTIH: Jabatan Penjara Malaysia kini di fasa akhir menggubal peraturan dan syarat bagi pelaksanaan tahanan di rumah, susulan keputusan pengampunan bersyarat yang membolehkan bekas Perdana Menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah itu.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu sedang diusahakan susulan surat daripada Urus Setia Lembaga Pengampunan yang membolehkan Jabatan Penjara Malaysia menetapkan syarat bagi pelaksanaan tahanan di rumah berkenaan.