AYER KEROH: Bekas pekerja penghantar p-hailing terlepas dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas didapati salah mengedar 684 gram dadah methamphetamine, lima tahun lalu.

Hakim Datuk DJP Suria Kumar menjatuhkan hukuman terhadap Muhammad Nadhir Zailany, 31, selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata, pembelaan membangkitkan beberapa isu, termasuk kegagalan pendakwaan memanggil individu dikenali sebagai 'Hafiz' yang didakwa tertuduh sebagai pemilik sebenar dadah berkenaan.

Turut dibangkitkan isu tertuduh yang melalui enam sekatan jalan raya (SJR) tanpa masalah dengan polis kecuali di Ayer Keroh, kegagalan memanggil Inspektor Hasif sebagai saksi serta pegawai penyiasat tidak membuat acu pakai terhadap beg silang hitam Kenzo Paris itu.