KUALA LUMPUR: "Saya terpaksa melalui kawasan protes dan melihat sendiri gas pemedih mata serta kebakaran di sepanjang laluan," demikian kongsi Mohd Izdiharuddin Sulaiman, mengenai pengalamannya berada di tengah lokasi rusuhan di Paris.
Pengarah Urusan Royal Chef Products (M) Sdn Bhd itu tiba sehari sebelum rusuhan berlaku bersama lebih 100 peserta dari Malaysia untuk menyertai pameran perdagangan antarabangsa Salon International de l'Alimentation (SIAL) Paris 2026 di Paris-Nord Villepinte, Perancis, yang bermula kelmarin hingga Rabu ini.
"Rusuhan menyebabkan perkhidmatan tren tidak beroperasi, jadi saya terpaksa berjalan dari stesen utama ke tempat penginapan di pusat bandar.
"Ini kali pertama saya benar-benar berada di kawasan rusuhan. Ketika itu, saya akui takut peserta protes mengapa-apakan kami, tetapi mujurlah mereka tidak berbuat apa-apa kerana saya memakai sut," katanya menerusi panggilan video hari ini.







