Kuala Lumpur: "Dalam perjalanan pulang ke apartmen, saya terpaksa melalui kawasan protes dan dapat melihat sendiri gas pemedih mata serta kebakaran di sepanjang laluan."

Demikian pengalaman Pengarah Urusan Royal Chef Products (M) Sdn Bhd, Mohd Izdiharuddin Sulaiman yang menyertai paamran Salon International de l'Alimentation (SIAL) Paris 2026 di Paris-Nord Villepinte, Perancis, dari 17 hingga 21 Oktober ini.

Mohd Izdiharuddin berkata, dia bersama lebih 100 peserta pameran dari Malaysia tiba di negara itu pada Jumaat lalu, sehari sebelum rusuhan berlaku.

"Rusuhan itu menyebabkan perkhidmatan tren tidak beroperasi, jadi saya terpaksa berjalan dari stesen utama ke tempat penginapan di pusat bandar. Ini kali pertama saya benar-benar berada di kawasan rusuhan.