KOTA BHARU: Penduduk Kelantan menyifatkan harga tambang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bermula daripada RM125 hingga RM147 bagi perjalanan di antara Gombak dan Kota Bharu adalah berpatutan.
Mereka juga menyifatkan penduduk kini mempunyai banyak pilihan pengangkutan bermula Disember ini untuk ke Lembah Klang.
Penduduk, Fiza Abdul Rahim, 38, menyifatkan pengumuman tambang ECRL yang dinanti-nantikan oleh masyarakat di Pantai Timur.
"Sejak beberapa bulan lalu kami menantikan harga tambang dan akhirnya hari ini terjawab. Bagi saya, harga antara RM125 hingga RM147 adalah berpatutan.







