PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal diberi mandat mengintegrasikan data daripada pelbagai sumber di negara ini menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026, sekali gus memperluas kaedah pengumpulan data rasmi melangkaui tinjauan semata-mata.Ketua Perangkawan Malaysia, Siti Asiah Ahmad berkata, RUU berkenaan dijangka diwartakan pada hujung minggu ini dan dijangka dikuatkuasa Disember depan selepas beberapa perkara berkaitan pengurusan data serta peraturan fi diperincikan.Menurutnya, pembaharuan itu membolehkan DOSM mengintegrasikan data daripada agensi kerajaan dan sumber lain bagi memperkukuh penghasilan statistik rasmi negara."Jadi, Jabatan Perangkaan telah mempunyai mandat untuk membuat integrasi data melalui mana-mana data yang ada di dalam negara ini, baik di peringkat agensi kerajaan atau sumber-sumber lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Statistik Negara 2026 pada Selasa.Menurutnya, pembaharuan itu merupakan antara perubahan utama yang diperkenalkan menerusi RUU Statistik 2026 bagi memperkukuh peranan jabatan dalam pengurusan data negara.Ujar Siti Asiah, DOSM bertanggungjawab menyediakan statistik rasmi berkualiti supaya data yang dihasilkan dapat difahami dan dimanfaatkan oleh pengguna dengan lebih berkesan.Katanya, penggunaan statistik penting bagi memastikan keputusan yang dibuat oleh individu mahupun masyarakat berasaskan bukti, bukan semata-mata pandangan atau andaian."Kita sebenarnya ingin supaya semua rakyat Malaysia, ya, rakyat Malaysia tak kiralah dia pengamal atau dia pengguna statistik, dia sentiasa tahu menggunakan statistik apabila dia membuat keputusan, baik untuk diri sendiri ataupun untuk masyarakat secara umumnya," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Siti Asiah berkata, pembaharuan RUU Statistik itu turut membolehkan institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi kerajaan menggunakan data tanpa perlu memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan DOSM bagi tujuan berkenaan.Katanya, jabatan telah menetapkan garis panduan pengurusan data bagi menguruskan urusan penggunaan data tersebut.Beliau turut memaklumkan bahawa DOSM dijangka dikenali sebagai Jabatan Statistik Malaysia mulai tahun depan, selaras dengan pembaharuan berkenaan.Sambutan Hari Statistik Negara disambut pada 20 Oktober setiap tahun susulan keputusan mesyuarat Kabinet pada 2017. Statistik Nadi Kehidupan diangkat sebagai tema sambutan tahun ini.
RUU Statistik perkasa integrasi data negara

Key points
- PUTRAJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bakal diberi mandat mengintegrasikan data daripada pelbagai sumber di negara ini menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026, sekali gus memperluas kaedah pengumpulan data rasmi melangkaui tinjauan semata-mata.
- Menurutnya, pembaharuan itu membolehkan DOSM mengintegrasikan data daripada agensi kerajaan dan sumber lain bagi memperkukuh penghasilan statistik rasmi negara.
- Menurutnya, pembaharuan itu merupakan antara perubahan utama yang diperkenalkan menerusi RUU Statistik 2026 bagi memperkukuh peranan jabatan dalam pengurusan data negara.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro RM757 juta perkasa sukan negara
- Utusan Malaysia Jakim perkasa industri halal negara
- Berita Harian RUU Pusat Data dibentang ke Jemaah Menteri tahun depan
- Sinar Harian RUU Statistik perkasa integrasi data negara (this story)
- Utusan Malaysia RUU Statistik perluas akses, integrasi data









