PETALING JAYA: Maestro, Datuk Mokhzani Ismail, 65, menyifatkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai penyanyi luar biasa yang bukan sahaja memiliki kawalan suara, malah ketajaman pendengaran yang baik.

Kata Mokhzani, kelebihan itu menjadikan Siti Nurhaliza sebagai antara penyanyi yang sentiasa bersedia sebelum mana-mana persembahan dimulakan.

“Saya selalu mengiringi penyanyi secara ‘ad hoc’, yang datang petik lagu dan saya terus jalan. Itu kerja gila saya buat selalu.

“Tetapi bakat Siti Nurhaliza ini sangat luar biasa. Beliau tidak datang latihan sebagaimana penyanyi lain,” katanya dalam Thread.