KUALA LUMPUR – Pelakon Ruhainies nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa memfitnah dirinya dalam media sosial termasuk tuduhan menjalin hubungan sulit dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mahu membersihkan imej yang tercalar, peguam yang mewakilinya, Mohd Haizal Ayop dari firma guaman EzriLaw memberitahu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ruhainies di Balai Polis Dang Wangi pada Ahad lalu bagi memulakan siasatan rasmi.

“Ruhainies sudah memberikan nama tiga individu terlibat kepada pihak polis dan kami jangkakan mereka akan dipanggil untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini kami sudah kenal pasti lebih kurang tiga orang dan masih ada lagi beberapa nama lain yang akan kami peroleh,