PETALING JAYA – Sudah ditegur dengan hon, namun masih berdegil.

Itulah gelagat sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya ala ‘Superman’ di Lebuh Raya Pantai Timur 1 berdekatan susur keluar Temerloh sehingga menghalang laluan pengguna lain.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial dikongsikan pengguna Threads @mikail.maely, kumpulan penunggang motosikal itu dilihat meniarap di atas motosikal masing-masing sambil meluruskan kaki ke belakang ketika bergerak di lebuh raya.

“Benda paling aku tak suka kalau atas lebuh raya jumpa rempit macam ini, puak ini la akan menyusahkan orang nanti, dia rasa dia gempak ke? Nak rempit beli motor cc besar…macam itu tak seronok,” perli @mikail.maely.