am@hmetro.com.my

Alor Setar: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memantau perkembangan kes seorang murid Tingkatan Satu parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Kulim Bandar Baharu, Ahad lalu.

Pelajar lelaki berusia 13 tahun itu kini dilaporkan sedar dan masih menerima rawatan serta pemantauan rapi di hospital.

JPN Kedah dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa murid berkenaan selain mendoakan diberikan kesembuhan.

"Sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu, pihak sekolah bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim Bandar Baharu mengambil tindakan segera termasuk menghubungi waris dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.