PETALING JAYA – Aliran trafik sesak selepas susur turun Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menghala ke Sentul susulan kejadian air bertakung di hadapan Sky Awani.

Menerusi perkongsian pengguna media sosial, mugandinibala93 mengingatkan warga Sentul yang mahu menuju ke Batu Muda dan kawasan sekitarnya supaya lebih berhati-hati berikutan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan.

“Air bertakung depan Sky Awani. Bertabahlah ye, tersangkut dalam kesesakan,” kata syihaamin.

Sementara itu, pengguna media sosial, cynthia_wee memaklumkan dua buah kereta terkandas di tengah kawasan banjir.