OTTAWA – Pekerja sebuah perpustakaan di Victoria, British Columbia di Kanada terkejut apabila menerima sebuah buku usang yang dikembalikan selepas 43 tahun melepasi tarikh sepatutnya dipulangkan, lapor saluran berita United Press International.
Buku karangan Herman Wouk terbitan 1978 bertajuk War and Remembrance itu diterima Perpustakaan Awam Greater Victoria awal bulan ini tanpa sebarang nota atau penjelasan daripada peminjam.
Menurut pihak perpustakaan, buku tebal berkenaan berada dalam keadaan berhabuk, serta tidak dilengkapi kod bar.
Bagaimanapun, kad pinjaman kertas yang masih terselit di dalamnya mengesahkan ia sepatutnya dikembalikan ke cawangan Oak Bay pada 1 September 1983.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)