Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang murid berusia tujuh tahun dilaporkan maut selepas dipercayai mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di Dengkil semalam.
Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 7.30 malam semalam.
“Mangsa dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas sebelum diberikan bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Norhizam berkata, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Putrajaya pada 8 pagi tadi dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.







