SEPANG: Seorang murid perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil, di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.30 malam semalam.

Menurutnya, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.