KULIM: Seramai 49 individu termasuk lapan lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menjalankan aktiviti penipuan dalam talian di lima premis di Bandar Putra, di sini, minggu lalu.
Tertuduh warga tempatan Lee Jian, 29; Franky Ooi Zhen Yang, 26; Tan Ka Kien, 35; Lee Wai Yean, 30; Loh Seng Huang, 26; Lee Yi Chyn, 37; Low Kuan How, 41, dan Chew Joo Hock, 51.
Mereka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.
Baki 41 tertuduh warga India dan Pakistan termasuk tujuh wanita berusia antara 25 hingga 41 tahun pula mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.








