Kuala Lumpur: Kawasan Batu Muda terus merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat, 174 setakat jam 1 tengah hari ini.

Menurut data Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) selain Batu Muda, sebanyak 27 kawasan lain turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat.

Johan Setia pula mencatatkan bacaan 171, diikuti Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing 169 serta Cheras 168.

Selain itu, Bukit Rambai (165), Putrajaya ( 164), Nilai ( 164), Klang (163) serta Banting dan Seremban masing-masing 162.