Kuala Lumpur: Kerajaan akan memberikan maklum balas berhubung isu penamatan perkhidmatan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perbahasan berhubung isu itu masih berlangsung di Dewan Rakyat.
Menurutnya, kementerian berkaitan akan memberikan penjelasan ketika sesi penggulungan perbahasan berkenaan.
"Itu perbahasan. Perbahasan tidak habis lagi, banyak orang cakap macam-macam.







