Kuala Lumpur: Gandingan berbasikal trek para negara, Khairul Hazwan Wahab dan jurumudinya, Muhammad Nabil Wafiq menyumbang pingat perak kedua Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi acara ujian masa 1,000 meter lelaki kategori B, hari ini.

Gandingan negara itu mencatat masa 1 minit 3.688 saat (s) untuk menduduki tempat kedua, ketinggalan 0.887s di belakang wakil Jepun, Kazuhei Kimura dan Kiaki Miura yang meraih emas dengan catatan 1:02.801s.

Pingat gangsa menjadi milik gandingan Iran, Mohammad Dalir dan Reza Rashno yang menamatkan perlumbaan dengan masa 1:03.835 saat.

Kejayaan Khairul Hazwan-Nabil itu merupakan pingat ketiga dari skuad berbasikal trek para negara buat kontinjen Malaysia pada temasya kali ini.