Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha memperkasakan Pusat Kecemerlangan Islamic Development Bank (IsDB) di Kuala Lumpur sebagai hab perkongsian ilmu dan kepakaran.
Beliau berkata Malaysia diiktiraf atas pengalaman memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), memperkukuh daya tahan ekonomi serta menjana peluang pekerjaan, dengan kepakaran dan pengalaman berkenaan berpotensi dimanfaatkan oleh negara anggota IsDB.
"Saya turut menegaskan kesediaan Malaysia berkongsi kepakaran dan memperluas kerjasama pembangunan di peringkat antarabangsa," katanya menerusi hantaran di X hari ini.
Anwar berkata perkara berkenaan disuarakan semasa perbincangan dengan Pengerusi IsDB Dr Muhammad Sulaiman Al Jasser hari ini, yang mencerminkan keyakinan berterusan terhadap hala tuju pembangunan dan tatakelola negara.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)
