KUALA LUMPUR: Hasrat atlet olahraga Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi untuk mempertahankan pingat emas tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di tempat kedua acara 400 meter (m) T20 lelaki Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.
Atlet berusia 24 tahun yang membuat penampilan kedua di temasya itu, menamatkan larian dengan catatan 48.34 saat (s).
Pingat emas acara di Stadium Nagoya City Mizuho Park Athletic, Jepun itu dimenangi atlet Arab Saudi, Idris Sufyani yang merekodkan 48.25s, mengatasi rekod temasya miliknya 48.71s yang dilakukan pada peringkat saringan, semalam.
Alfin Nomleni dari Indonesia melengkapkan kedudukan podium dengan pingat gangsa selepas merekodkan 49.18s.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2Fec2efc23f8e97434d5f5f6a6fa403035.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)