Shah Alam: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dijangka mencatat keuntungan tahun ini selepas merekodkan kerugian sejak penggabungan pada 2019 bersandarkan kenaikan tarif air, geran Kerajaan Persekutuan serta peningkatan kecekapan operasi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan unjuran semasa, syarikat pengendali bekalan air itu berpotensi merekodkan margin keuntungan positif sekiranya tiada perkara luar jangka berlaku.

"Kita positif akan mencatatkan keuntungan. Kita tidak lagi berada dalam kedudukan kerugian. Sebahagian besarnya disumbangkan oleh geran yang kita terima daripada Kerajaan Persekutuan kerana berjaya mencapai sasaran dan matlamat pengurangan air tidak terhasil (NRW)," katanya.