Butterworth: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempergiat usaha untuk membanteras keganasan rumah tangga melalui bantuan kewangan, bantuan perundangan, intervensi awal, serta sokongan berasaskan komuniti yang lebih kukuh bagi mangsa yang terselamat.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian sedang memperkukuh program sedia ada bagi membantu mangsa mengenal pasti penderaan, memahami hak perundangan mereka, serta mendapatkan perlindungan dan bantuan untuk keluar dari persekitaran rumah yang berbahaya.

"Kita tidak boleh menghalang mereka daripada dipukul di rumah. Namun, kita boleh memberikan mereka keyakinan dan kesedaran supaya mereka mengetahui hak perundangan mereka," katanya.