KUALA LUMPUR: Prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan usahawan, Datuk Red, 48, selaku plaintif terhadap bekas isterinya juga penyanyi, Adira Suhaimi, 35, ditetapkan pada 8 Disember depan.
Peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan yang mewakili Red atau nama sebenar, Adenan Abu berkata, perjalanan kes anak guamnya hampir selesai dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi.
Menurutnya, pada sesi penghujahan peguam bagi kedua-dua pihak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Rawang, semalam, Hakim Syarie A'fif Sofiuddin Syeikh Abdul Ghani menetapkan keputusan bagi kes pengesahan lafaz rujuk itu pada 8 Disember depan.
"Dari sudut pandang kami sebagai peguam, ini adalah salah satu daripada prosedur undang-undang hukum syarak yang mana berlakunya dakwa-dakwi antara pihak-pihak (plaintif dan defendan).








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2F398186c9cd3ad7b88a8bb2cecd34ff72.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)