SEBERAN.G PERAI – Wanita yang terperangkap dalam keganasan rumah tangga dan tidak mempunyai sumber kewangan untuk meninggalkan kediaman bersama anak-anak boleh mendapatkan bantuan menerusi inisiatif bernilai kira-kira RM1 juta yang disediakan kerajaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bantuan itu antara usaha kementerian untuk membolehkan mangsa keluar daripada persekitaran tidak selamat serta memulakan kehidupan baharu.
Menurutnya, sokongan turut merangkumi khidmat kaunseling, bantuan perundangan dan kemudahan rumah transit bagi wanita yang memerlukan perlindungan










