Kuala Lumpur: Kaedah penyembelihan ayam yang meragukan di sebuah premis berhampiran Pasar Pudu di sini, terbongkar selepas seorang individu menunjukkan rakaman video kepada sekumpulan aktivis masyarakat, di sini, malam tadi.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain berkata, dia bersama pasukannya sedang mengikuti satu operasi penguatkuasaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa agensi lain di kawasan pasar berkenaan.
Menurutnya, individu terbabit memaklumkan rakaman itu dibuat ketika aktiviti pemprosesan ayam sedang berlangsung, menyebabkan pasukannya segera menuju ke premis berkenaan pada jam 11.30 malam hingga 12 tengah malam tadi.
"Apabila kami sampai ke lokasi berkenaan, semua pekerja sudah melarikan diri.








