Kuala Lumpur: Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) mencatat pencapaian baharu apabila menjadi syarikat Malaysia pertama mengoperasikan kenderaan logistik autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu di jalan raya awam negara dengan nombor pendaftaran yang sah.

Pencapaian itu direalisasikan menerusi pelancaran RoboVan sempena Transport Expo Asia (TXA) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini, yang disaksikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Susulan pelancaran itu, RoboVan akan menjalani percubaan selama enam bulan di laluan ujian Malaysia Autonomous Vehicle (MyAV) sepanjang 22 kilometer di Cyberjaya, membabitkan keadaan trafik bercampur termasuk kawasan perniagaan, institusi pendidikan, stesen MRT, persimpangan dan lintasan pejalan kaki.