GUAYAQUIL, Ecuador: Seorang paderi Katolik maut dihempap salib yang tercabut dari dinding ketika menyampaikan ucapan keagamaan mengenai kematian pada majlis di sebuah gereja, di sini, 17 Oktober lalu, lapor Philstar Life.
Laporan New York Post menyatakan Paderi Patricio Alfredo Sánchez Molinari ketika itu sedang menyampaikan ucapan keagamaan mengenai kepentingan meluangkan masa untuk Tuhan dan insan tersayang.
Sánchez turut mengingatkan jemaah supaya tidak terlalu leka dengan perkara lain termasuk penggunaan telefon bimbit sehingga mengabaikan masa untuk mendekatkan diri kepada Tuhan Ketika memimpin misa di Gereja Perpetuo Socorro di sini.
Misa bermaksud upacara ibadat utama dalam Gereja Katolik, di mana penganutnya berkumpul bagi upacara keagamaan. Perkataan Misa berasal daripada bahasa Latin, iaitu Missa.








