GUAYAQUIL: Seorang paderi di Ecuador meninggal dunia selepas sebuah salib besar yang tergantung di dinding terjatuh dan menghempap belakang kepalanya ketika beliau memimpin Misa yang disiarkan secara langsung pada Sabtu.

Menurut kenyataan Keuskupan Agung Guayaquil, Patricio Alfredo Sánchez Molinari disahkan meninggal dunia pada hari kejadian.

Beliau berkhidmat sebagai paderi paroki di Gereja Perpetual Relief, di bawah Vikariat Pusat, menurut kenyataan itu.

“Molinari kembali ke Rumah Bapa untuk menikmati kehadiran dan kemuliaannya,” menurut kenyataan media pihak gereja.