KATHMANDU: Gunung Everest mungkin bukan gunung tertinggi yang pernah wujud di Bumi, susulan penemuan bukti menunjukkan kewujudan puncak lebih tinggi ratusan juta tahun lalu.
Bagaimanapun, pakar memberitahu Live Science, ketinggian sebenar serta lokasi puncak tertinggi itu tidak dapat dipastikan.
Profesor Geologi Universiti Adelaide, Alan Collins, berkata penyelidik setakat ini tidak mempunyai maklumat terperinci yang mencukupi untuk mengenal pasti puncak tertinggi dari zaman tersebut.
Namun katanya, sisa mendapan yang terperangkap dalam kerak Bumi masih menyimpan petunjuk mengenai saiz litupan salji dan puncak gunung yang telah lenyap.








